Thursday, 27 June 2013

Siakap Asam Pedas Kawww!

Assalamualaikum. .
Bismillahirrahmanirrahim. .



Dah bbrp hari xpost...rini sy nak post lauk mkn tghari tadi.Dah bnyk resepi asam pedas y sy try..haa resepi asam pedas hari ni..mmg menepati citarasa tekak sy..setakat ni..hihi (",).Resepi ni sy dpt mase singgah di dapur ibundo..terima kasih ibundo ngan resepi2 y sedapp n menyelerakan..izinkn saye share resepi siakap asam pedas kaww di sini pula yea..jom layanzz...:-


Di antara bhn2nye...


Bhn2 blender..tumis sehingga naik minyak


Dah masukkn air asam+sedikit air..mndidih trs masukkn dedaun


Kemudian masukkn ikan siakap+garam+sikit gula


Pastu agak2 ikan dh nk masak..masukkn sayur


Dah mendidih...


Siap...hidangkn bersama nasi panas n sedia dinikmati


RESEPI SIAKAP ASAM PEDAS KAWW
Sumber:resipiibundo.blogspot. com
By:ahliasaleh.blogspot.com


Bahan:
1 ekor ikan siakap
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
3 biji buah keras *
3 batang serai *
2 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
25 biji cili kering *
1 sudu besar belacan *
1 batang bunga kantan
3 tangkai daun kesum diambil daunnya
1 helai daun kunyit
sebesar ibu jari asam jawa digaul dengan setengah cawan air
Air secukupnya (agak-agaklah )
Bende atau terung (bundo tak bubuh sebab stok takde)

Cara:
1. Blender bahan yang bertanda *.
2. Panaskan minyak.  Tumis bahan yang diblender sehingga benar-benar
masak dan terbit minyak. (Makan masa dalam 6-10 minit).
3. Tambah air asam jawa.  Gaul rata.  Tambah air secukupnya (jangan cair sangat). 4. Apabila mendidih, masukkan daun kesum, bunga kantan dan daun kunyit.
5. Masukkan ikan dan garam.
6. Masak sehingga kuah pekat.

Nota: rasa pedas, masam, masin kena belance. Tambah mana yang rasa tak cukup.

GOOD LUCK!

Sunday, 23 June 2013

Muffin Cornflakes

Assalamualaikum. .
Bismillahirrahmanirrahim. .

Alhamdulillah ptg tadi Allah swt izinkn sy try  resepi baru..muffin cornflakes.Sbnrnye dh lame beli cornflakes tu...pi dapur jer..nmpk la sekilo packet bsr dlm bakul kat dapur.Bila la nk guna cornflakes ni...pepagi td sy pun duk goggle resepi base on cornflakes...biskut xmo..xde mood lg nk mkn biskut raye...nak cari resepi kek atau muffin..dh dpt resepi tgk pulak brg2 kat dapur..cukup ke tidak bhn2 y diperlukn..cari punye cari..terpikat dh ngan resepi muffin cornflakes ni...pas asar trs godek2 dapur try buat..haa..ini la hasilnye..layanzz...


Gebuss sesgtkn....I like it



Mskkn adunan 3/4 cup shj


Dah siap hias sblm muffin masuk oven


Tarra...hot muffin..baru keluar oven


Close up pix...


Alamak!! Muffin cornflakes ku sudah bogell..tutup muka..hehehe..muffin bogel xpe lg kan kawan2 (",)


Proses bedah siasat..u menguji kegebuan muffin.


Yummy...syukur berjaya!! 2 pcs y kecil di atas telah masuk perutku..rasenye sesgt sedapp..secukup rase..xtau nk explain..senang citer jom tgk resepi n try buat yea...


Resepi muffin cornflakes

Sumber:AlongRoz@myresipi.com
Resipi asal:Chef Ismail.  

Bahan-bahan ( 10 biji ):

60g Butter
1/2 cwn Gula
1 biji Telur
1/2 st Esen vanilla
180g Tepung gandum
2 1/2 st Baking powder  (**sy guna 2 1/2 sk double action baking powder u 2 adunan)
1 cwn Cornflakes - crushed (**sy guna blender kering jer..fast n easy)
1/4 cwn Mixed fruits @ kismis
1 cwn Susu segar (**sy guna full cream milk)

Cara-cara:
Pukul butter & gula sehingga kembang. Masukkan telur & esen vanilla - pukul sebentar.
Masukkan bahan2 kering selang seli dgn susu.
Masukkan ke dlm cup muffin 2/3 penuh.
Bakar 200 celcius selama 12-15 minit atau sehingga perang keemasan. (Along guna microwave auto bake function 25 minit pun ok)

**sy buat 2 adunan..dpt 13 cup besar spt dlm gmbr di atas.
**sy panaskn oven 200°c sblm masukkn muffin..then slps masukkn muffin..sy bakar guna 175°c selama 40minit..api atas bwh..off kipas n letak tray tgh dlm oven.

GOOD LUCK!!

Friday, 21 June 2013

Mini Pizza sosej n cheese mozarella

Assalamualaikum. .
Bismillahirrahmanirrahim. .

Di pagi Sabtu ni sy nk share resepi mini pizza sosej n cheese mozarella y lembut gebus..sedap dimkn..tgk rupe pun dah teruja..xsabar nk ngap..hihi (",) resepi ni sy ambil dari blog bukan sekadar masakan kepunyaan kak ros y mmg popular ngan resepi2 beliau y sememangnye best2 belaka..tq kak ros.Jom lyn pix dulu...













**Copy n paste jer dr blog kak ros..hihi

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk Doh)

200gram tepung roti
200gram tepung gandum
3 sudu besar water roux- resepi water roux DI SINI
2 sudu besar skim milk@susu tepung
2 sudu besar gula
1 biji telur ( dipukul sedikit dengan garpu)
30 gram marjerin ( boleh ganti denga butter atau shortening)
170ml susu segar ( atau air suam)
3 sudu kecil yis - ros guna jenama mauripan
2 sudu besar minyak zaitun@minyak masak biasa
( nak masukkan sedikt dry oregano dalam adunan pizza ni pun boleh)

*untuk topping*
sosej yang telah direbus dan dihiris nipis
sedikit tuna flakes
sedikit taburan keju mozarela@mix cheese
sedikit sos tomato ketchup

( nak tambah mix vegetable, daun basil atau hirisan daun pasley pun boleh)

Caranya.

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi  doh pada 4 bahagian dan biarkan sebentar, lebih kurang 8 minit, selepas itu bentukkan doh dah leperkan sedikit, menjadi bentuk pizza,  susun di atas dulang pembakar yang di alas dengan baking sheet@kertas minyak, ulang langkah tadi sehingga doh habis, sapukan dasar pizza dengan tomato ketchup dan topping kan setiap pizza dengan sosej dan tuna flakes, piping kan sekali lagi dengan sos tomato ketchup atau sos cili di atasnya, kemudian taburkan kan dengan keju mozarel atau mix cheese.

5. Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit, bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit ataupun sehingga permukaan mini pizza menjadi perang.

6. Angakt dan sedia untuk dihidangkan panas-panas. Selamat Mencuba.


Resepi water roux






 water roux adalah alternatif bagi bread improver atau bread softner.
serba sedikit mengenai water roux
1. water roux hanya tahan lebih kurang 3 hari sahaja, sila simpan water roux di dalam peti ais, dan ros hanya gunakan lebih kurang 2 sudu besar water roux sahaja bagi satu adunan roti.
2. satu adunan penuh water roux 50gram tepung dengan campuran air 250ml kita boleh gunakan 4 kali dan selalunya ros hanya buat separuh adunan sahaja.
3. Fungsi water roux adalah untuk menjadikan doh roti lebih lembut dan gebu, tapi paling penting dalam pembuatan roti adalah tepung roti, pastikan tepung yang digunakan tepung high protein atau tepung superfine.
4. Jika menggunakan water roux di dalam adunan roti, pastikan kuantiti bahan cecair yang lain seperti susu atau air suam perlu dikurangkan lebih kurang 10ml ke 20ml. ni berdasarkan pengalaman ros .
resepi water roux - source from Blog MamaFami - thankyou so much, ros copy n share kan disini ya
Water Roux Starter is something used in bread making to make bread/buns springy. The springiness is fairly noticeable when you have let the bread/buns cool. Just poke your finger against the bun, you’ll see it is springy – causing people young-at-heart to go, “Whee!” *ahem* To make the Water Roux Starter, you need 1 part flour, 5 parts water.

Ingredients :

50g flour
250g water

1. Whisk the flour and water that you have decided to use in a bowl until it is whisked well and is free of lumps.
2. Put it on the stove and warm it up for 2-3 minutes at 65C. Be careful not to burn it!
3. Cover it with plastic wrap and store it in the fridge.

When using it, make sure it is at room temperature. The Water Roux Starter lasts for 3 days before it goes off.

Thursday, 20 June 2013

Kek Coklat Super Moist

Assalamualaikum. ..
Bismillahirrahmanirrahim. .

Alhamdulillah..masih bernyawa lagi di pagi saiyidulaiyam ni...penghulu segala hari iaitu hari jumaat..sama2lah kita perbykkn selawat ke atas baginda Nabi Muhammad saw..smg kita sama2 mndpt syafaat baginda di akhirat kelak...senyummm (",)

Pagi y penuh ketenangan ini sy nak share pd kwn2 resepi kek coklat y super moist..mmg puashati dpt buat n mkn dgn pnh kenikmatan..cewah! (",)

Sbnrnye dh bnyk kek coklat moist y sy try..kukus@bakar...tp resepi inilah y terbaikk bg citarasa sy sekeluarga setakat ini..Hubby pun kata...emm..sedapp...betul2 moist..anak2 pun suka..Alhamdulillah (",) sbbnye kami sekeluarga peminat tegar segala y berkaitn coklat..ape pun...skjap je lesap dr pndangan mata..hihihi..kekdg siap kena main sorok2..br thn 2 3 hari..gitu ler gayenye..hihihi (",)..jom layanzz pix kek sy...tp maaf la..sy xde skill mendeko n fotografi...just simple.


Tarra...cube baca ayat y terukir di atas kek tu..
Haa...I LOVE U
Kek ni sy buat special 4 my lovely hubby sempena anugerah APC 2012 sbg guru di SMJK Choong Hua, Bidor, Perak.
Semoge abg mnjadi guru y lbh berdedikasi kelak..aamiin







Kek ni my lovely hubby y potong n bahagi2 kan..gitu la ghupenye (",)



Slps 45minit proses pengukusan..dah ttp api 5minit lepas.


Ni la ghupe topping y sy buat.

Bagi sesiapa y teringin nk try resepi kek coklat super moist ni silakan...terima kasih diucapkn kpd Anis Choc Moist Cake


https://m.facebook.com/pages/Anis-Choc-Moist-Cake/224268104297999?id=224268104297999&_rdr


Resepi Anis Choc Moist Cake:

Bahan A

Air,minyak masak,susu pekat,gula, serbuk koko-semuanya 1 cawan.

Masak bahan A atas api sederhana (masak sehingga gula larut dalam air). 2 biji telur dipukul asing didalam mangkuk dan masak sekali dgn bahan A.

Last,masuk tepung 1cawan + 1/2 sudu teh soda+ 1/2 sudu teh double action(diayak).

Kukus-kalau kek 1 kg akan masak dlm lebih kurang 20-30 minit.

**sy kukus kek ni 45minit..pas siap deko sy try timbang..ade la +-1.6kg


Topping:
150gm Coklat masakan(hiris2)
1 sb butter
1 sb susu pekat
1/4cwn Whipping cream

Campur semua buat double boiler..

GOOD LUCK!

Wednesday, 19 June 2013

Lemon Cheddar Cheese Cake

Assalamualaikum. .

Bismillahirrahmanirrahim. .

Alhamdulillah...dgn izin Allah swt..berjaye juge sy membaking lemon cheddar cheese cake ni...tekak ni teringin sgt nk merasa resepi kek ni by: mybakingworkshop.blogspot.com...tq Evelyn Gemina...kek ni moist..n sedapp la..sy sekeluarga suke (",)..jom lyn pix....



Atasnye sy buat corak marble coklat..tp dh xnmpk sbb dh tabur choc.rice+kepingan badam+cheddar cheese parut



Proses penyejukan di atas redai




Sesiapa y nk try buat blh tgk resepi dibwh:-

**sy gantikan oren kepada lemon..best juge..wangi semerbak harum satu rmh..ketika mkn di mulut pun terasa lemonnye..mmg best la (",)


Orange butter cheddar cheesecake
By:evelyn gemina  


Bahan2:
A
250g butter
200g gula

B
4 biji telur  

C
80g cheddar cheese, diparut
1 biji parutan kulit oren  

D
100ml susu segar
280g tepung gandum
1 sk baking powder  

E
Cheedar cheese, diparut
Chocolate rice
Almond flake
Sedikit parutan kulit oren

Cara2 membuatnya:

1. Pukul bahan2 A hingga lembut & berkrim.   2. Masukkan bahan B satu persatu, pukul hingga sebati & lembut.  
3. Kemudian, masukkan bahan C, gaul rata.   4. Masukkan pula, bahan2 D. Pukul hingga sebati.  
5. Tuang adunan dalam loyang segiempat / loaf pan yang telah digris & dialaskan dengan kertas minyak.
6. Taburkan bahan E atas adunan kek tadi.   7. Bakar pada suhu 160°c selama 45 minit atau hingga kek masak. Sejukkan atas wire rack sepenuhnya baru dipotong.      

Tips: Kalau suka, boleh taburkan extra chocolate rice dalam adunan kek & gaul rata sebelum tuang dalam loyang.

GOOD LUCK!!

Monday, 17 June 2013

Sosej bun

Assalamualaikum. .

Bismillahirrahmanirrahim. .



Haa..nk citer..sy ni penggemar roti..hari2 mkn roti..sbb tu la sy buat sosej bun ni..resepinya sy guna basic dough..(lawo beno tulisannye..hihi)


Resepi basic dough u roti:

Bhn2:

A
350gm tepung roti
150gm tepung halus
100g gula kastor
1 sudu teh garam halus
30g susu tepung
1 sudu teh bread improver
1 sudu teh bread softner
4 sudu teh yis kering

**gaul bhn2 di atas sebati

B
Air (letak sikit2)
1 biji telur kecil (kocok perlhn dgn garfu)

**tinggalkn sedikit telur u gliss

**air+sebhgn telur = +-240gm

**uli doh sehingga bhn2 sebati..n kelihatan sdkit berkilat.

C
40g butter
@
40g shortening

**sy letak 40g butter + 1sudu kecil shortening

Untuk gliss:
Sbhgn telur di atas + 2 sudu bsr susu segar/air + bbrp titis madu

**gaul sebati bhn2 gliss

Bhn2 topping:
Sos cili
Mayonis
Daun parsley

Cara2 seterusnya:

**uli lagi doh sehingga sebati n kelihatan berkilat n elastik.

**u doh y lbh lmbut..masukkn doh dlm plastik bersih n ramas2 selama 5-10minit..kemudian keluarkn doh n uli lg sehingga kelihatan licin berkilat..xmelekit pd dinding bekas n elastik.

**kemudian rehatkn doh 40-50mnt..tutup doh ngan tuala bersih y lembap.slps itu...tumbuk doh u keluarkn angin..n bulatkn doh +-60gm seketul shgga hbs..n biarkn 10mnt..slps tu cubit/tekan doh u keluarkn angin lg..n canai doh leper..letakkn sosej ditgh2 doh n hiris2 doh (lihat spt gmbr dibwh)..slps itu rehatkn lg doh second round selama 40-50mnt (naik 2xgnda)..tutup ngan kain bersih lembap tadi.

**slps itu...gliss atas roti n letakkn bhn2 topping...sos cili + mayonis + daun parsley

**panaskn oven dlm 10mnt n bakar roti pada suhu 180°c selama 25minit @ sehingga roti bertukar warna keperangan.

GOOD LUCK!!

n pelbagaikn jadi cam gini..






Allahuakhbar..dh tgk gmbr roti ni..terliuq la pulak..rase nk buat lg.yummy!

Nk jadikn bentuk roti tu camgitu...camni yea:-



Sesape y nk try..good luck!

Kek Coklat Moist Mayonis

Assalamualaikum. .

Bismillahirrahmanirrahim. .

Alhamdulillah hari ni Allah bg kesempatan u menjengah blog y dah lame menyepi..hihi (",)

Semlm dpt juge sy baking..tekak ni xsabar nk rase kek coklat moist mayonis...resepi by rahelcake.blogspot.com..tq 4 d recipe..

Rase kek ni mmg yummy...bg tekak sy agak manis..next time blh kurangkn gula..tp agak sedih sbb...kek sy hancusss..sy guna oven 42L..bakar pd suhu 170°c..selama 90mnt..api atas bwh..n sy letak pd rak bwh..xtau mane silapnye..sy ni baru nk blaja2..berjinak2..n bermnja2 ngan baking2 ni..harap sgt dpt comment n nasihat y bernas2 dr sahabat blogger y pndai membaking..

Ceritanye camni...45mnt pertama..kek sy dh bau semerbak harum satu rmh...hati ni berkata..mcm dh masak jer...tp hati ni juge berkeras berkata...biarlh smpi 90 mnit..nk try jadi ape kek tu..adakah lbh moist? Sbb sblm ni sy ade buat kek choc.moist...y prlu dibkr 90mnt juge...tp sy derhaka n bkr 1jam shj...sbb kek dh semerbak harum..n cek dh masak..hasilnye kek kurang moist..sbb tu la kali ni sy biarkn 90mnt tanpa cek..slps bunyi 'tingggg'...sy pun ttp api oven n kuarkn kek..terlupa pula nk longgarkn kek dr loyang guna spatula..terus terbalikkn diredai..sbb mase tu suasana kelam kabut..anak y kecik menangis..mcm blank..sekali tgk..kek hancuss..kuar separuh jer..rupe2nye nk tau ape jadi pade kek tu...hangusss sudah..bhgn bwh keras.ptt la xnk kuar dr loyang..my son pun terkejut tgk kek maknye buat...'hah! Kek hancur'.Allahuakhbar...sedihnye hati ni..sabor..harap masih ade y elok n sedap dimkn.Seb baik blm buat topping...kalo dak xtau nk curah mane topping tu..hihi

Slps tidorkn baby Safiyyah..sy pun menggerodek la kek td tu..cari..potong mane y blh dimkn...dpt juge la satu bekas penuh.syukur..dpt jugak rase..my hubby kata xpe..cube lg.erm...dh licin pun kek nih..hihi..bg y nk try resepi ni silalah...

Resepi kek coklat moist mayonis
Sumber:rahelcake.blogspot.com
By:ahliasaleh.blogspot.com

Bahan Untuk Kek:
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan mayonis
1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat
1 cawan air panas
3/4 cawan minyak masak
1/2 sudu teh butter oil/marjerin
1/2 cawan kepingan badam hiris

Cara:
1.Satukan tepung gandum,serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Ayak.Ketepikan.
2.Campurkan mayonis,gula,butter oil dan susu pekat di dalam mangkuk pengadun dan pukul    hingga sebati..
3.Kemudian masukkan campuran tepung secara sedikit demi sedikit,berselang -seli dengan    air panas.Pukul hingga semua bahan sebati.
4.Kemudian masukkan minyak masak & kacau.Akhir sekali masukkan kepingan badam,kacau    rata.Tuangkan adunan ke dalam loyang yg bagian tepinya telah digris dengan mentega dan    dasarnya diletakkan baking paper.Bakar di dalam oven yg telah dipanaskan.Setkan suhu    oven masing-masing (yang ni Rahel bakar selama 90 minit pd suhu 170'C,loyang 9'').

Untuk Topping:(gandakan)
130g coklat masakan
3 sudu besar susu pekat
1/4 cawan campuran susu cair dan air
2 sudu besar mentega beberapa biji badam yg telah dibakar sebagai hiasan

Cara:
1.Cairkan coklat masakan dan butter di dalam periuk.Tambahkan campuran susu cair dan    air.Gunakan api perlahan,kacau selalu.Tutup api bila coklat cair sempurna.Terus tuang    ke atas kek.

jom layan rupe my choc.moist mayonis cake...buatanku..hehe..tarraaa..





P/s:hitam n gelap tu menunjukkn kek ni sgt2 moist..mmg pun..sedapp