Bismillahirrahmanirrahim. .
Dah bbrp hari xpost...rini sy nak post lauk mkn tghari tadi.Dah bnyk resepi asam pedas y sy try..haa resepi asam pedas hari ni..mmg menepati citarasa tekak sy..setakat ni..hihi (",).Resepi ni sy dpt mase singgah di dapur ibundo..terima kasih ibundo ngan resepi2 y sedapp n menyelerakan..izinkn saye share resepi siakap asam pedas kaww di sini pula yea..jom layanzz...:-
Di antara bhn2nye...
Bhn2 blender..tumis sehingga naik minyak
Dah masukkn air asam+sedikit air..mndidih trs masukkn dedaun
Kemudian masukkn ikan siakap+garam+sikit gula
Pastu agak2 ikan dh nk masak..masukkn sayur
Dah mendidih...
Siap...hidangkn bersama nasi panas n sedia dinikmati
Sumber:resipiibundo.blogspot. com
By:ahliasaleh.blogspot.com
Bahan:
1 ekor ikan siakap
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
3 biji buah keras *
3 batang serai *
2 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
25 biji cili kering *
1 sudu besar belacan *
1 batang bunga kantan
3 tangkai daun kesum diambil daunnya
1 helai daun kunyit
sebesar ibu jari asam jawa digaul dengan setengah cawan air
Air secukupnya (agak-agaklah )
Bende atau terung (bundo tak bubuh sebab stok takde)
Cara:
1. Blender bahan yang bertanda *.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan yang diblender sehingga benar-benar
masak dan terbit minyak. (Makan masa dalam 6-10 minit).
3. Tambah air asam jawa. Gaul rata. Tambah air secukupnya (jangan cair sangat). 4. Apabila mendidih, masukkan daun kesum, bunga kantan dan daun kunyit.
5. Masukkan ikan dan garam.
6. Masak sehingga kuah pekat.
Nota: rasa pedas, masam, masin kena belance. Tambah mana yang rasa tak cukup.
GOOD LUCK!
No comments:
Post a Comment