Sunday 30 June 2013

Chocolate Banana Cake

Assalamualaikum. .
Bismillahirrahmanirrahim. .




Alhamdulillah...dgn izin Allah..dpt juge sy menikmati kek coklat pisang ni...walaupun sy lecek pisang tu...still terasa pisangnye.Hubby  kate erm...sedap kek ni...terasa pisangnye.Walaupun sekali pandang xbrp perasan kewujudan pisangnye...yummy..still terasa rasenye.Tq diucapkn kpd kak yatie atas sumber resepi.Sesiapa y teringin nk mencuba n merasa kek ni..jom lyn pix n resepinye...:-


Satukn bhn2 basah..pisang lenyek+gula+telur+air suam+ susu+minyak+esen vanilla


Satukn bhn2 kering y sdh diayak (tepung+serbuk koko+baking powder+soda bikarbonat+garam) kedlm bhn2 basah td


Inilah hasil adunan bhn2 bsh n kering y sudah sebati


Sediakn loyang y sudah dilapik kertas minyak n disapu marjerin


Adunan sudah dituang ke dlm loyang...sblm msk oven


Kek sudah siap bakar


Proses penyejukan di atas redai sblm topping


Tanggalkn kertas minyak n trskn proses penyejukn kek


Kek y sudah sejuk n tggu masa u disiram ngan ganache topping


Tarra...kek dh berbaju ngan ganache n eksesori


Kek sudah pun dirasmikn...


Sepotong kek sblm di ngappp! dari pndangan atas...


Potongan kek dari pndgn sisi...




Hoyeyy!! Kek dh dimakan oleh dear my lovely hubby (",)




RESEPI CHOCOLATE BANANA CAKE

Sumber:yatiememories.blogspot. com
By:ahliasaleh.blogspot.com

Bahan-bahan:
 1 1/2 cwn gula halus (resepi asal 2 cwn) **sy pun letak 1 1/2 cwn gula halus
 1 3/4 cwn tepung gandum
 3/4 cwn cocoa powder
 1 1/2 sk baking powder
 1 1/2 sk baking soda
 1/2 sk garam
 2 biji telur
 1 cawan pisang lecek
 1 cwn air hangat
 1/2 cwn susu segar **sy guna susu cair
 1/2 cwn minyak jagung/masak **sy guna mnyk jagung
 11/2 sk esen vanila

Cara-cara:
1)Panaskan oven 350 degrees F (180 C) dan letak rak di tengah oven. Saya menggunakan cincin non-stick pan...sapu butter sekelilingnya. **sy guna loyang biasa 9 inci
2)Dalam mangkuk besar satukan tepung, serbuk koko, baking powder, baking soda, dan garam. Ayak dan ketepikan dahulu..  3)Dalam bekas lain, satukan pisang yang di lecek bersama gula, telur, air suam, susu, minyak dan esen vanilla.
4)Satukan bahan-bahan basah ke bahan-bahan kering dan gaul sebati. Gunakan whisk je. **sy masukkn bhn2 kering kedlm bhn2 basah sedikit demi sedikit shgga hbs n sebati.
5)Tuang adunan ke dalam loyang dan masak 35 hingga 40 minit. Cucuk dengan lidi kecil, dan sekiranya keluarnya licin ....bermakna sudah masak. **oven sy 42L jenama Pensonic mmrlukn mase 50minit u kek btl2 masak.
6)Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk di redai. Sekiranya suka, bolehlah hias dengan coklat ganache.




Ini adelah ganache y sy gunakn...ganache ni secukup rase manisnye.Tq diucapkn kpd kak Nor@secubit garam ngan resepi ganache simple y sedapp.

RESEPI GANACHE SIMPLE

Sumber:kak Nor@secubit garam
By:ahliasaleh.blogspot.com


Bahan-Bahan:
150gm cooking chocolate
1/4 cawan susu cair
1 sudu besar minyak (sayuran/masak)

Cara:
1)Panaskan susu (kaedah double boiler) + cooking choc yg dipotong kecil.

2)Padamkan api dan kacau hingga choc cair. Masukkan minyak dan kacau. Biarkan seketika baru dicurah atas kek. 


*kaedah letak minyak ni sbg menggantikan butter utk hasilkan ganache yg berkilat. 
*stlh topping..kek disimpan dlm peti ais seketika n apabila kek dikeluarkn u dipotong...topping ganache ini x akan mengeras/berkeping.
*kaedah Ini k.nor tlh pelajarinye dari kelas deco yg dihoskan oleh chef dr Vietnam baru2 ni..

GOOD LUCK!

Thursday 27 June 2013

Siakap Asam Pedas Kawww!

Assalamualaikum. .
Bismillahirrahmanirrahim. .



Dah bbrp hari xpost...rini sy nak post lauk mkn tghari tadi.Dah bnyk resepi asam pedas y sy try..haa resepi asam pedas hari ni..mmg menepati citarasa tekak sy..setakat ni..hihi (",).Resepi ni sy dpt mase singgah di dapur ibundo..terima kasih ibundo ngan resepi2 y sedapp n menyelerakan..izinkn saye share resepi siakap asam pedas kaww di sini pula yea..jom layanzz...:-


Di antara bhn2nye...


Bhn2 blender..tumis sehingga naik minyak


Dah masukkn air asam+sedikit air..mndidih trs masukkn dedaun


Kemudian masukkn ikan siakap+garam+sikit gula


Pastu agak2 ikan dh nk masak..masukkn sayur


Dah mendidih...


Siap...hidangkn bersama nasi panas n sedia dinikmati


RESEPI SIAKAP ASAM PEDAS KAWW
Sumber:resipiibundo.blogspot. com
By:ahliasaleh.blogspot.com


Bahan:
1 ekor ikan siakap
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
3 biji buah keras *
3 batang serai *
2 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
25 biji cili kering *
1 sudu besar belacan *
1 batang bunga kantan
3 tangkai daun kesum diambil daunnya
1 helai daun kunyit
sebesar ibu jari asam jawa digaul dengan setengah cawan air
Air secukupnya (agak-agaklah )
Bende atau terung (bundo tak bubuh sebab stok takde)

Cara:
1. Blender bahan yang bertanda *.
2. Panaskan minyak.  Tumis bahan yang diblender sehingga benar-benar
masak dan terbit minyak. (Makan masa dalam 6-10 minit).
3. Tambah air asam jawa.  Gaul rata.  Tambah air secukupnya (jangan cair sangat). 4. Apabila mendidih, masukkan daun kesum, bunga kantan dan daun kunyit.
5. Masukkan ikan dan garam.
6. Masak sehingga kuah pekat.

Nota: rasa pedas, masam, masin kena belance. Tambah mana yang rasa tak cukup.

GOOD LUCK!

Sunday 23 June 2013

Muffin Cornflakes

Assalamualaikum. .
Bismillahirrahmanirrahim. .

Alhamdulillah ptg tadi Allah swt izinkn sy try  resepi baru..muffin cornflakes.Sbnrnye dh lame beli cornflakes tu...pi dapur jer..nmpk la sekilo packet bsr dlm bakul kat dapur.Bila la nk guna cornflakes ni...pepagi td sy pun duk goggle resepi base on cornflakes...biskut xmo..xde mood lg nk mkn biskut raye...nak cari resepi kek atau muffin..dh dpt resepi tgk pulak brg2 kat dapur..cukup ke tidak bhn2 y diperlukn..cari punye cari..terpikat dh ngan resepi muffin cornflakes ni...pas asar trs godek2 dapur try buat..haa..ini la hasilnye..layanzz...


Gebuss sesgtkn....I like it



Mskkn adunan 3/4 cup shj


Dah siap hias sblm muffin masuk oven


Tarra...hot muffin..baru keluar oven


Close up pix...


Alamak!! Muffin cornflakes ku sudah bogell..tutup muka..hehehe..muffin bogel xpe lg kan kawan2 (",)


Proses bedah siasat..u menguji kegebuan muffin.


Yummy...syukur berjaya!! 2 pcs y kecil di atas telah masuk perutku..rasenye sesgt sedapp..secukup rase..xtau nk explain..senang citer jom tgk resepi n try buat yea...


Resepi muffin cornflakes

Sumber:AlongRoz@myresipi.com
Resipi asal:Chef Ismail.  

Bahan-bahan ( 10 biji ):

60g Butter
1/2 cwn Gula
1 biji Telur
1/2 st Esen vanilla
180g Tepung gandum
2 1/2 st Baking powder  (**sy guna 2 1/2 sk double action baking powder u 2 adunan)
1 cwn Cornflakes - crushed (**sy guna blender kering jer..fast n easy)
1/4 cwn Mixed fruits @ kismis
1 cwn Susu segar (**sy guna full cream milk)

Cara-cara:
Pukul butter & gula sehingga kembang. Masukkan telur & esen vanilla - pukul sebentar.
Masukkan bahan2 kering selang seli dgn susu.
Masukkan ke dlm cup muffin 2/3 penuh.
Bakar 200 celcius selama 12-15 minit atau sehingga perang keemasan. (Along guna microwave auto bake function 25 minit pun ok)

**sy buat 2 adunan..dpt 13 cup besar spt dlm gmbr di atas.
**sy panaskn oven 200°c sblm masukkn muffin..then slps masukkn muffin..sy bakar guna 175°c selama 40minit..api atas bwh..off kipas n letak tray tgh dlm oven.

GOOD LUCK!!

Friday 21 June 2013

Mini Pizza sosej n cheese mozarella

Assalamualaikum. .
Bismillahirrahmanirrahim. .

Di pagi Sabtu ni sy nk share resepi mini pizza sosej n cheese mozarella y lembut gebus..sedap dimkn..tgk rupe pun dah teruja..xsabar nk ngap..hihi (",) resepi ni sy ambil dari blog bukan sekadar masakan kepunyaan kak ros y mmg popular ngan resepi2 beliau y sememangnye best2 belaka..tq kak ros.Jom lyn pix dulu...













**Copy n paste jer dr blog kak ros..hihi

Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( untuk Doh)

200gram tepung roti
200gram tepung gandum
3 sudu besar water roux- resepi water roux DI SINI
2 sudu besar skim milk@susu tepung
2 sudu besar gula
1 biji telur ( dipukul sedikit dengan garpu)
30 gram marjerin ( boleh ganti denga butter atau shortening)
170ml susu segar ( atau air suam)
3 sudu kecil yis - ros guna jenama mauripan
2 sudu besar minyak zaitun@minyak masak biasa
( nak masukkan sedikt dry oregano dalam adunan pizza ni pun boleh)

*untuk topping*
sosej yang telah direbus dan dihiris nipis
sedikit tuna flakes
sedikit taburan keju mozarela@mix cheese
sedikit sos tomato ketchup

( nak tambah mix vegetable, daun basil atau hirisan daun pasley pun boleh)

Caranya.

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi  doh pada 4 bahagian dan biarkan sebentar, lebih kurang 8 minit, selepas itu bentukkan doh dah leperkan sedikit, menjadi bentuk pizza,  susun di atas dulang pembakar yang di alas dengan baking sheet@kertas minyak, ulang langkah tadi sehingga doh habis, sapukan dasar pizza dengan tomato ketchup dan topping kan setiap pizza dengan sosej dan tuna flakes, piping kan sekali lagi dengan sos tomato ketchup atau sos cili di atasnya, kemudian taburkan kan dengan keju mozarel atau mix cheese.

5. Biarkan naik dua kali ganda lebih kurang 40 minit, bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit ataupun sehingga permukaan mini pizza menjadi perang.

6. Angakt dan sedia untuk dihidangkan panas-panas. Selamat Mencuba.


Resepi water roux






 water roux adalah alternatif bagi bread improver atau bread softner.
serba sedikit mengenai water roux
1. water roux hanya tahan lebih kurang 3 hari sahaja, sila simpan water roux di dalam peti ais, dan ros hanya gunakan lebih kurang 2 sudu besar water roux sahaja bagi satu adunan roti.
2. satu adunan penuh water roux 50gram tepung dengan campuran air 250ml kita boleh gunakan 4 kali dan selalunya ros hanya buat separuh adunan sahaja.
3. Fungsi water roux adalah untuk menjadikan doh roti lebih lembut dan gebu, tapi paling penting dalam pembuatan roti adalah tepung roti, pastikan tepung yang digunakan tepung high protein atau tepung superfine.
4. Jika menggunakan water roux di dalam adunan roti, pastikan kuantiti bahan cecair yang lain seperti susu atau air suam perlu dikurangkan lebih kurang 10ml ke 20ml. ni berdasarkan pengalaman ros .
resepi water roux - source from Blog MamaFami - thankyou so much, ros copy n share kan disini ya
Water Roux Starter is something used in bread making to make bread/buns springy. The springiness is fairly noticeable when you have let the bread/buns cool. Just poke your finger against the bun, you’ll see it is springy – causing people young-at-heart to go, “Whee!” *ahem* To make the Water Roux Starter, you need 1 part flour, 5 parts water.

Ingredients :

50g flour
250g water

1. Whisk the flour and water that you have decided to use in a bowl until it is whisked well and is free of lumps.
2. Put it on the stove and warm it up for 2-3 minutes at 65C. Be careful not to burn it!
3. Cover it with plastic wrap and store it in the fridge.

When using it, make sure it is at room temperature. The Water Roux Starter lasts for 3 days before it goes off.

Thursday 20 June 2013

Kek Coklat Super Moist

Assalamualaikum. ..
Bismillahirrahmanirrahim. .

Alhamdulillah..masih bernyawa lagi di pagi saiyidulaiyam ni...penghulu segala hari iaitu hari jumaat..sama2lah kita perbykkn selawat ke atas baginda Nabi Muhammad saw..smg kita sama2 mndpt syafaat baginda di akhirat kelak...senyummm (",)

Pagi y penuh ketenangan ini sy nak share pd kwn2 resepi kek coklat y super moist..mmg puashati dpt buat n mkn dgn pnh kenikmatan..cewah! (",)

Sbnrnye dh bnyk kek coklat moist y sy try..kukus@bakar...tp resepi inilah y terbaikk bg citarasa sy sekeluarga setakat ini..Hubby pun kata...emm..sedapp...betul2 moist..anak2 pun suka..Alhamdulillah (",) sbbnye kami sekeluarga peminat tegar segala y berkaitn coklat..ape pun...skjap je lesap dr pndangan mata..hihihi..kekdg siap kena main sorok2..br thn 2 3 hari..gitu ler gayenye..hihihi (",)..jom layanzz pix kek sy...tp maaf la..sy xde skill mendeko n fotografi...just simple.


Tarra...cube baca ayat y terukir di atas kek tu..
Haa...I LOVE U
Kek ni sy buat special 4 my lovely hubby sempena anugerah APC 2012 sbg guru di SMJK Choong Hua, Bidor, Perak.
Semoge abg mnjadi guru y lbh berdedikasi kelak..aamiin







Kek ni my lovely hubby y potong n bahagi2 kan..gitu la ghupenye (",)



Slps 45minit proses pengukusan..dah ttp api 5minit lepas.


Ni la ghupe topping y sy buat.

Bagi sesiapa y teringin nk try resepi kek coklat super moist ni silakan...terima kasih diucapkn kpd Anis Choc Moist Cake


https://m.facebook.com/pages/Anis-Choc-Moist-Cake/224268104297999?id=224268104297999&_rdr


Resepi Anis Choc Moist Cake:

Bahan A

Air,minyak masak,susu pekat,gula, serbuk koko-semuanya 1 cawan.

Masak bahan A atas api sederhana (masak sehingga gula larut dalam air). 2 biji telur dipukul asing didalam mangkuk dan masak sekali dgn bahan A.

Last,masuk tepung 1cawan + 1/2 sudu teh soda+ 1/2 sudu teh double action(diayak).

Kukus-kalau kek 1 kg akan masak dlm lebih kurang 20-30 minit.

**sy kukus kek ni 45minit..pas siap deko sy try timbang..ade la +-1.6kg


Topping:
150gm Coklat masakan(hiris2)
1 sb butter
1 sb susu pekat
1/4cwn Whipping cream

Campur semua buat double boiler..

GOOD LUCK!